top of page

Theme

Genre

Kindness, Passion, Society

Action, Comedy, History, Comic

Story Idea

STORY IDEA

LOGLINE 

         An illiterate school teacher trying to get back his writing paper that had been stolen by a beggar

SYNOPSIS

          Bidin merupakan seorang guru Sekolah Buta Huruf dan juga seorang pengarang. Setiap pagi Bidin akan membeli sebungkus nasi lemak untuk dibawa sebagai bekas. 

          Suatu hari, sewaktu Bidin sedang memberi nasi lemak, kertas penulisan yang dipegang olehnya telah terbang ditiup angin. Kertas itu melayang sehingga terkena pada seorang pengemis yang bernama Kemis. Kemis seorang yang buta huruf namun mempunyai minat yang amat mendalam terhadap bahan bacaan. 

         Disebalik pertemuan itu, satu kejadian yang tidak diingini telah berlaku kepada Bidin. Apakah yang bakal berlaku antara Kemis dan Bidin.

STORYLINE

Concept Art

Pada suatu pagi, terdapat seorang guru Sekolah Buta Huruf yang bernama Bidin membeli sebungkus nasi lemak untuk dijadikan bekal. Bidin juga merupakan seorang pengarang. Sewaktu Bidin hendak membayar nasi lemak, kertas penulisannya terbang melayang akibat ditiup angin yang kuat. Tanpa berlengah, Bidin terus mengejar kertas penulisannya itu. Kertas itu melayang jauh sehinggalah ia menghinggapi muka seorang pengemis yang bernama Kemis. Kemis pun mengambil kertas di mukanya dengan keadaan yang terpinga-pinga. Apabila Bidin sampai, dia memberi tahu Kemis bahawa kertas tersebut adalah miliknya dan meminta Kemis memulangkan kepadanya. Bidin juga menghulurkan nasi lemak sebagai tanda terima kasih.

 

Tiba-tiba, Kemis berasa teruja lalu menunjukkan kebolehannya untuk membaca tulisan di atas kertas penulisan Bidin. Kemis mengeja dengan salah kerana dia seorang yang buta huruf. Bidin hanya mengeluh tidak kerana faham dengan kata-kata Kemis. Dia memberikan sebungkus nasi lemak kepada Kemis untuk mendapatkan kembali kertasnya. Sebaik sahaja mendapat nasi lemak itu, Kemis terus mengambil kertas surat khabar yang membaluti nasi lemak. Bidin yang terlihat kelakuan Kemis itu berasa hairan.  Walau bagaimanapun, Bidin telah terlewat untuk ke sekolah, lalu dia terus berlalu pergi.

 

Pada keesokan harinya, Bidin singgah melihat keadaan Kemis. Kemis teruja melihat kertas penulisan yang ada pada Bidin, lalu Kemis memintanya. Namun, Bidin menyangka Kemis mahukan nasi lemak. Bidin pun memberi nasi lemak kepada Kemis. Kemis berasa geram, lalu dia merampas kertas penulisan Bidin dan melarikan diri ke pondoknya. Bidin terkejut, lalu dia mengejar Kemis dengan perasaan marah sehingga ke pondoknya. Bidin cuba untuk menangkap Kemis lalu terjatuh bersama Kemis. Apabila Bidin bangun, dia terlihat pondok tersebut penuh dengan kertas-kertas yang bertampalan di dinding.

 

Sewaktu itu, Bidin mengimbas kembali kelakuan Kemis dan dia tersedar bahawa Kemis mempunyai minat yang amat mendalam terhadap bahan bacaan. Bidin menyuruh Kemis untuk membaca, namun Kemis kelihatan bingung. Bidin akhirnya mengetahui bahawa Kemis buta huruf, lalu dia memeluk bahu Kemis dan merenung masa depan. Akhirnya Bidin mengajar Kemis di sekolah buta huruf.

CONCEPT ART

Storyboard

STORYBOARD

Animatic

ANIMATIC

Join our mailing list

Thanks for submitting!

bottom of page